UCSI University

Tarikh Pengambilan Pelajar:
Januari, Mei, September

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Nama Pegawai: Wendy Tnay
No Tel (call): 082-596 965
No Tel (ws): 016-888 9624
Email: wendytnay@ucsiuniversity.edu.my

Universiti UCSI ialah sebuah universiti yang diasaskan pada tahun 1986 dan diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah universiti pada 13 September 2003.

Terdapat empat buah kampus Universiti UCSI di seluruh Malaysia iaitu Cheras, Kuala Lumpur; Kuching, Sarawak; Kuala Terengganu, Terengganu dan terbaharu kampus Springhill di Negeri Sembilan.

UCSI menawarkan pelbagai disiplin termasuk perubatan, farmasi, kejuruteraan, IT, sains gunaan, perniagaan, seni bina, muzik, sains sosial, seni kreatif dan hospitaliti.

Menjalin kerjasama dengan lebih 4,200 syarikat, UCSI mempunyai jaringan universiti-industri terbesar di Malaysia untuk pelajar dan staf menjalankan praktikal, peluang pekerjaan, pertukaran pengetahuan dan penyelidikan bersama. UCSI juga mencatat kedudukan dalam QS Graduate Employability Rankings 2019.

UCSI juga aktif mempromosikan matlamat pembangunan lestari (SDG) dan merupakan universiti swasta pertama di Malaysia yang diiktiraf sebagai Pusat Kepakaran Serantau (RCE) melalui kampusnya di Sarawak oleh Universiti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Jepun tahun 2019.