Politeknik Kuching

Tarikh Pengambilan Pelajar:
2 kali setahun (Sesi I dan Sesi II)

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Nama Pegawai: Abdul Yazid bin Ibrahim
No. Tel (call): 082-845 596
No. Tel (ws): 016-888 9683
Email: abdyazid.poliku.edu.my

Politeknik Kuching Sarawak (PKS) merupakan politeknik yang kelima ditubuhkan pada tahun 1988 dan ketika itu ianya di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kini, PKS merupakan salah sebuah institusi pendidikan dibawah pengurusan dan pentadbiran Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

PKS menawarkan 13 program pengajian di peringkat Diploma dan 2 program pengajian di peringkat Pra Diploma. Tempoh program pengajian peringkat Diploma ialah selama 6 semester iaitu 3 tahun manakala Pra Diploma hanya 1 ke 2 semester.

Penawaran program ini bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan kompeten dalam bidang TVET di dalam negara seiring dengan keperluan revolusi industri 4.0. Selain itu, ianya juga selaras dengan visi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu menjadi Peneraju Institusi TVET Yang Unggul.