Kolej Laila Taib

Tarikh Pengambilan Pelajar:
Julai

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Nama Pegawai: Devebra ak Andira Mawar
No. Tel (call): 014-890 3248
No. Tel (ws): 014-890 3248
Email: devebra@klt.edu.my

Kolej Laila Taib (KLT) merupakan sebuah institusi swasta yang terletak di Sibu, Sarawak. KLT ditubuhkan oleh Yayasan Sarawak dengan matlamat membantu serta memberi peluang kepada anak-anak jati Sarawak untuk melanjutkan pelajaran tanpa perlu risau tentang bebanan kewangan dengan adanya Biasiswa Laila Taib.

KLT menawarkan pendidikan peringkat diploma yang memberikan tumpuan dalam membina kemandirian kendiri serta kemahiran para pelajar supaya mereka boleh mengadapatasi dengan industri semasa dengan mudah. Antara program yang ditawarkan adalah Diploma Pengurusan Perniagaan, Diploma Perakaunan, Diploma Seni Bina, Diploma Seni Bina Dalaman, Diploma Ukur Bahan, Diploma Kejuruteraan Awam serta Diploma Elektrikal & Elektronik.